(4 – 6 Tahun)

Mencipta sebuah komuniti dimana kanak-kanak merasa dihargai dan disayangi. Tujuan kami untuk memupuk kecintaan terhadap pembelajaran yang kekal sepanjang hayat  serta membentuk individu yang seimbang sahsiah dan akademik, yakin diri, dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan. 

Kami komited untuk menyediakan ruang pembelajaran yang selamat, penyayang dan menarik di mana kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran, keyakinan dan kreativiti dalam diri kanak-kanak. Pendekatan kami menggabungkan pembelajaran dengan nilai islam, minda kreatif dan konsep pembelajaran menyeronokkan.  

Falsafah Shaaf Solleh Preschool

Pendidikan Shaaf Solleh ialah satu usaha institusi pendidikan awal kanak-kanak yang memfokuskan kepada pembangunan dan kemenjadian kanak-kanak sewal usia yang berteraskan didikan muslim yang soleh serta mengaplikasi konsep pembelajaran dan pengajaran playtime dan creative mind. Pendekatan Shaaf Solleh menekankan pembangunan holistik, menggabungkan pertumbuhan akademik, rohani dan moral. Melalui aktiviti yang menarik dan persekitaran yang supportive, program ini juga menerapkan asas iman, pengetahuan, dan watak yang kukuh dalam diri murid, mempersiapkan mereka untuk kejayaan masa depan dalam kedua-dua usaha akademik dan sahsiah.  

Pendidikan Shaaf Solleh memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu Islam, Playtime dan Creative Mind. 

Islam dan Muslim

Pendidikan berteraskan Islam dalam pendidikan kanak-kanak di Program Shaaf Solleh merupakan satu pendekatan pendidikan yang memasukkan nilai-nilai dan ajaran Islam dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak kecil. Ini termasuklah,  

Nilai Murni 

Pembangunan Identiti Islam

Pembentukan Akhlak

Pembelajaran Aktif

Playtime

Unsur playtime dalam Shaaf Solleh Preschool merujuk kepada pendekatan pendidikan yang menekankan aktiviti bermain sebagai sebahagian penting dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Ini melibatkan aktiviti bermain yang berstruktur dan tidak berstruktur yang direka untuk menggalakkan pelbagai aspek pertumbuhan kanak-kanak, termasuk fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Unsur playtime melibatkan: 

Permainan Berstruktur

Permainan Tidak Berstruktur 

Permainan Luar

Pembelajaran Melalui Bermain

Minda Kreatif (Creative Mind)

Unsur minda kreatif dalam Program Shaaf Solleh memupuk dan menggalakkan perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran. Ini melibatkan penciptaan persekitaran dan penyediaan aktiviti yang merangsang imaginasi, inovasi, dan ekspresi seni. Berikut adalah beberapa aspek penting dalam memupuk minda kreatif di Program Shaaf Solleh: 

Seni dan Kraf

Penyelesaian Masalah

Eksplorasi Bahan

Penceritaan dan Peningkatan Bahasa

Menggalakkan Pemikiran Pelbagai (Divergent Thinking) 

Kurikulum Preschool

Kurikulum KSPK

  • Tunjang Komunikasi. 
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. 
  • Tunjang Keterampilan Diri. 
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. 
  • Tunjang Sains dan Teknologi. 
  • Tunjang Kemanusiaan 

Modul Islamik

  • Al Quran 
  • Hafazan Surah 

Modul Kreatif

  • Bricks  
  • Usahawan Cilik 

Sesi Pembelajaran Tadika

Sepenuh Masa
(Full Time)

8.00 pagi – 5.00 petang

Separuh Masa
(Half Day)

8.00 pagi - 12.00 tengah hari 

Separuh Masa Tambahan
(Half Day Plus)

8.00 pagi - 2.30 petang

Copyright ©2025 Shaaf Solleh®️ All Rights Reserved