Mewujudkan sebuah komuniti di mana semua kanak-kanak merasa disayangi dan diberi galakan untuk berkembang mencapai potensi sepenuhnya.
Menyediakan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti tinggi dengan persekitaran yang selamat, hormat, dan inklusif, dalam membina asas pembelajaran sepanjang hayat.
Kami percaya bahawa zaman awal kanak-kanak adalah tempoh pertumbuhan yang kritikal dimana setiap saat adalah peluang untuk pembelajaran. Falsafah kami berpusat pada pemahaman bahawa permainan dan aktiviti fizikal adalah cara utama kanak-kanak belajar. Melalui permainan kanak-kanak dapat dilatih dengan kemahiran kognitif, sosial, emosi dan fizikal yang penting.
Kami menerapkan pembelajaran yang menyeronokkan dan selamat membolehkan kanak-kanak berkembang dengan baik sepanjang mereka meneroka dunia sekeliling.

Shaaf Solleh menyediakan modul pembelajaran yang disusun khas untuk keperluan kanak-kanak dalam pembentukan perkembangan kanak-kanak dari sudut perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi serta etika dalam kehidupan seharian. Semua modul mengikut standard PERMATA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Fizikal dan Psikomotor
Deria dan Dunia Persekitaran
Sahsiah dan Sosioemosi
Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Kreativiti & Estetika
8.00 pagi – 5.00 petang
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
8.00 pagi - 2.30 petang