Mencipta sebuah komuniti dimana kanak-kanak merasa dihargai dan disayangi. Tujuan kami untuk memupuk kecintaan terhadap pembelajaran yang kekal sepanjang hayat serta membentuk individu yang seimbang sahsiah dan akademik, yakin diri, dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.
Kami komited untuk menyediakan ruang pembelajaran yang selamat, penyayang dan menarik di mana kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran, keyakinan dan kreativiti dalam diri kanak-kanak. Pendekatan kami menggabungkan pembelajaran dengan nilai islam, minda kreatif dan konsep pembelajaran menyeronokkan.
Pendidikan Shaaf Solleh ialah satu usaha institusi pendidikan awal kanak-kanak yang memfokuskan kepada pembangunan dan kemenjadian kanak-kanak sewal usia yang berteraskan didikan muslim yang soleh serta mengaplikasi konsep pembelajaran dan pengajaran playtime dan creative mind. Pendekatan Shaaf Solleh menekankan pembangunan holistik, menggabungkan pertumbuhan akademik, rohani dan moral. Melalui aktiviti yang menarik dan persekitaran yang supportive, program ini juga menerapkan asas iman, pengetahuan, dan watak yang kukuh dalam diri murid, mempersiapkan mereka untuk kejayaan masa depan dalam kedua-dua usaha akademik dan sahsiah.
Pendidikan Shaaf Solleh memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu Islam, Playtime dan Creative Mind.
Pendidikan berteraskan Islam dalam pendidikan kanak-kanak di Program Shaaf Solleh merupakan satu pendekatan pendidikan yang memasukkan nilai-nilai dan ajaran Islam dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak kecil. Ini termasuklah,
Nilai Murni
Pembangunan Identiti Islam
Pembentukan Akhlak
Pembelajaran Aktif
Unsur playtime dalam Shaaf Solleh Preschool merujuk kepada pendekatan pendidikan yang menekankan aktiviti bermain sebagai sebahagian penting dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Ini melibatkan aktiviti bermain yang berstruktur dan tidak berstruktur yang direka untuk menggalakkan pelbagai aspek pertumbuhan kanak-kanak, termasuk fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Unsur playtime melibatkan:
Permainan Berstruktur
Permainan Tidak Berstruktur
Permainan Luar
Pembelajaran Melalui Bermain
Unsur minda kreatif dalam Program Shaaf Solleh memupuk dan menggalakkan perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran. Ini melibatkan penciptaan persekitaran dan penyediaan aktiviti yang merangsang imaginasi, inovasi, dan ekspresi seni. Berikut adalah beberapa aspek penting dalam memupuk minda kreatif di Program Shaaf Solleh:
Seni dan Kraf
Penyelesaian Masalah
Eksplorasi Bahan
Penceritaan dan Peningkatan Bahasa
Menggalakkan Pemikiran Pelbagai (Divergent Thinking)
8.00 pagi – 5.00 petang
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
8.00 pagi - 2.30 petang